Monday, August 24, 2009

Pulau Sebatik

Pada 9 hingga 14 Ogos 2009, suami saya telah mengikuti Program Orientasi Pegawai-pegawai Persekutuan yang baru bertugas di Sabah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah. Kursus ini telah diadakan di Daerah Tawau, Sabah, iaitu di Hotel De Choice dan Pulau Sebatik. Fasa 1 kursus, para peserta didedahkan dengan sejarah, adat resam, struktur organisasi pentadbiran, tarian dan bahasa sukuan kaum di Sabah. Fasa 2 pula, program keluarga angkat di mana para peserta tinggal bersama keluarga angkat di 3 buah kampung di Pulau Sebatik iaitu Kg. Sg. Pukul. Kg. Lahad-lahad dan Kg. Pisak. Para peserta menaiki 2 buah bot untuk ke Pulau Sebatik. Antara aktiviti bersama keluarga angkat adalah acara sukaneka dan gotong-royong membersihkan balai raya di Kg. Lahad-lahad.

Penduduk di 3 buah kampung ini hidup dengan aman harmoni sungguhpun kekurangan kemudahan asas seperti elektrik, air dan jalan tar. Mereka menggunakan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik, manakala perigi dan hujan merupakan sumber bekalan air harian mereka. Terdapat sebuah sekolah di kawasan tersebut iaitu SK Panglima Habibullah dan di sinilah tempat majlis penyerahan anak angkat dan sukaneka diadakan.



Majlis penyerahan anak angkat


Jalan menuju ke Kg. Pisak


Jalan tanah merah ke Kg. Pisak


Kg. Pisak


Kg. Pisak


Kg. Lahad-lahad


Kg. Lahad-lahad


Rumah keluarga angkat suami di Kg. Sg. Pukul


Gosok baju menggunakan seterika arang


Peserta dengan keluarga angkat (duduk dari kiri: Pn. Norisah Mambolas (ibu), En. Ismail Lajabustan (bapa) dan Shahlin; berdiri dari kiri: Nurasyikin Abu Bakar dan Nor Hashikin Hamzah)


Insya Allah bertemu kembali...keluarga angkat mengucapkan selamat jalan kepada para peserta

No comments:

Post a Comment

I would like to hear from you...!