Tuesday, January 26, 2010

Sekadar menjengah

Sudah lama Lavendar Harum ini tidak dikemaskinikan. Tibanya tahun baru tiada sebarang berita atau cerita yang dimuatkan...bukannya tiada apa yang hendak dikongsikan, cuma tidak berkesempatan untuk duduk di hadapan laptop dan menulis lakaran hidup. Tahun baru ini menyaksikan dua orang anakandaku akan menduduki peperiksaan UPSR dan PMR, bermakna bertambahlah aktiviti dalam jadual kehidupan seharian. Semoga anak-anak ini tabah berusaha dengan gigih untuk mengulangkaji matapelajaran yang telah ketinggalan. Ada kelapangan akan ku jengah lagi halaman ini....