Thursday, June 26, 2008

I would like to thanks all my relatives and friends who have viewed my blog and gave their positive comments. Your support boost up my motivation to keep on continue writing and sharing through this blog. Actually when I updating the blog I felt like I am talking to you all. Guess what! Terubat gak rindu kat korang semua....!!! The above video was taken at the BBQ last time...lets share their enjoyment eventhough deep in their hearts, they missed Malaysia!

Today, two of my sons are representing their school for winter carnival match. Syarafi is playing hockey and Zarif is playing soccer. While I am writing this blog, they are in the battle field! Wow. what an exagerate! 6 primary schools are participating in this carnival which is held at Kent Street Senior High School (Afiq's school). I feel happy for them because they have been dreaming to be the school player since at SRAISC. The result of the game I will inform you in the next post.

Monday, June 23, 2008

Hi!

Dah lama tak update blog ni....sibuk sikit dan agak kurang sihat. Di Perth sekarang ni dah masuk winter, cuaca sejuk, minima boleh mencapai 2.9 degree, menggeletar......mungkin tubuh dalam proses menyesuaikan diri dengan cuaca baru ...Tapi anak-anak nampak steady jer, kita pakai baju dua tiga lapis tapi mereka hanya t-shirt nipis...bila ditanya jawapannya,"tak sejukpun". Tapi di akhir Jun dan masuk Julai nanti mereka pasti sejuk kerana kemuncak winter.

Sekarang ni Curtin uni sedang bercuti panjang sehingga akhir bulan Julai, jadi saya pun bercuti dari menjadi baby sitter. Relax sikitlah sekarang ni...tapi terasa rindu gak dengan anak itu..

Baru-baru ni Bentley Primary School mengadakan Fun Day iaitu "Reward Day" untuk pelajar2 yang bagus, good in attitude. Ada sukan, magic show dan Disco. Tapi guru-guru di sini peka dengan sensitiviti Muslim. Mereka bertanya sama ada anak-anak Muslim ini boleh menari. Bila ditanya aktiviti semasa disko tersebut banyak kepada game party seperti musical chair dan lain2. Menari bagi saya tiada masalah untuk kanak2 semasa umur mereka ini masih dalam peringkat untuk bergembira dan gerakannya lebih seperti senaman. Tapi mentioned gak kat cikgu mereka, no touching between boys and girls, they are very understanding.

Hari Sabtu yang lalu, walaupun dalam cuaca sejuk, kami berpakat dengan kawan2 dari Malaysia untuk mengadakan BBQ di Burswood Park. Sorang member tu nak balik Malaysia, tak lama pun cuma sebulan, tapi dia nak belanja kami jadi ok jer.....Dia dah balikpun Malaysia malam Ahad tu.....terasa nak balik gak...tunggu jerlah Jun 2009 nanti. Biasalah BBQ ni yang paling seronok anak-anaklah...inilah masanya mereka jumpa kawan2 dan dapat bermain bersama. Yang dewasa pula waktu nilah nak bertukar2 cerita masing2.


Syarafi dapat Award!
Posing di BBQ
Khusyuk mendengar arahan
Sembang-sembang sambil makan