Assalamualaikum,
I'm back! hehe...ok saya nak share gambar. Iaitu gambar kelas saya semasa saya berada di Sabah dan gambar kelas saya semasa saya berada di Selangor.
ha! ni gambar semasa saya bersekolah di Sabah. Ini time kami tengah buat jamuan akhir tahun 2014. Siap panjat2 kerusi lagi.
Ini gambar jamuan akhir tahun juga (2015), cuma ini semasa saya berada di Selangor. Berbeza kan, mestilah sebab di Sabah sekolah perempuan je. Dekat sini pula sekolah campur, gambar ini diambil di rumah guru kelas saya, kami buat Garden Party di situ. Bagus jugalah sebab ini kali pertama saya merasa event seperti ini. Sebab dekat sini dorang tidak boleh buat jamuan akhir tahun di sekolah so dorang terpaksa buat jamuan di luar sekolah.
Pertama kali saya masuk di sekolah saya yang sekarang ini, saya berasa takut sebab tak biasa dengan sekolah campur. Memang susahlah saya nak adapt dengan semua ni. Memang banyak yang saya lalui sepanjang tahun ni. Tapi pelajar2 di sini semuanya baik-baik belaka. Hahaha! saya ingat lagi macam mana dorang punya layanan terhadap saya bila saya masuk dekat sekolah itu. Dorang terus serbu saya dan menanyakan pelbagai soalan. Memang kelakar dorang tanya tentang selebriti english yang saya minat, Kpoplah dll. Saya rasa sedih sebab semasa saya bersekolah di sabah kami perlu pilih KH. Ada KT, ERT dan PK, seperti yang saya beritahu, saya dulu sekolah perempuan jadi kalau ambil KT dengan perempuan jelah. Tetapi dekat sini perempuan kelas pertama, kedua dan ketiga mengambil PK, tetapi disebabkan saya mengambil KT saya terpaksa mengambil kelas itu dengan pelajar lelaki, aduii! apalah nasib. Nasib baik cikgunya perempuan kalau tidok hmm..tak tahula apa jadi.
Saya ada cakap dekat post saya yang pertama yang post saya akan ada kaitan dengan kehidupan. Bagi saya berita untuk ayah berpindah balik ke semenanjung Malaysia adalah berita sedih, berita buruk tapi bila saya fikir-fikir balik "o ni bukan berita buruk, ni bukan berita sedih, ada hikmah disebalik berita tersebut. Aku tak boleh sedih aku kena tabah mengharungi semua ni." I love to read quotes so while I was reading about life quotes, I found this:
Anyway, I have to go now bye-bye!
(p.s. I like 5 Seconds Of Summer hehe..)
Bila dah 40
-
Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita
setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka.
Bila umur dah 40.. Bukanka...
6 years ago