Sekarang ni Curtin uni sedang bercuti panjang sehingga akhir bulan Julai, jadi saya pun bercuti dari menjadi baby sitter. Relax sikitlah sekarang ni...tapi terasa rindu gak dengan anak itu..
Baru-baru ni Bentley Primary School mengadakan Fun Day iaitu "Reward Day" untuk pelajar2 yang bagus, good in attitude. Ada sukan, magic show dan Disco. Tapi guru-guru di sini peka dengan sensitiviti Muslim. Mereka bertanya sama ada anak-anak Muslim ini boleh menari. Bila ditanya aktiviti semasa disko tersebut banyak kepada game party seperti musical chair dan lain2. Menari bagi saya tiada masalah untuk kanak2 semasa umur mereka ini masih dalam peringkat untuk bergembira dan gerakannya lebih seperti senaman. Tapi mentioned gak kat cikgu mereka, no touching between boys and girls, they are very understanding.
Hari Sabtu yang lalu, walaupun dalam cuaca sejuk, kami berpakat dengan kawan2 dari Malaysia untuk mengadakan BBQ di Burswood Park. Sorang member tu nak balik Malaysia, tak lama pun cuma sebulan, tapi dia nak belanja kami jadi ok jer.....Dia dah balikpun Malaysia malam Ahad tu.....terasa nak balik gak...tunggu jerlah Jun 2009 nanti. Biasalah BBQ ni yang paling seronok anak-anaklah...inilah masanya mereka jumpa kawan2 dan dapat bermain bersama. Yang dewasa pula waktu nilah nak bertukar2 cerita masing2.
Syarafi dapat Award!
Posing di BBQ
Khusyuk mendengar arahan
Sembang-sembang sambil makan
It is an onerous task to keep on writing, what more to keep updating one's blog. it is not a problem though for those whose passion lies in writing. kalau menulis tu memang dah mendarah daging, sehari tak menulis serasa kemarau di sahara. keep up the good work. at least you provide us with insight of your new life and how your kids cope with the cultural differences. The kids seems to be doing a marvelous job in adapting themselves.
ReplyDeleteSampaikan salam tahniah pada syarafi dan Hasif... Rindu rasanya kat akak sekeluarga... Harap dapat lagi dengar berita terbaru di sana.
ReplyDelete