Khamis, 29 May 2008, sedang sibuk memasak di dapur, suami pula sedang asyik menyiapkan assignment, terdengar muzik mesej handphone. Siapa pula yang bagi mesej, sebab jarang benar dapat mesej ni kecuali dari suami. Mesej dari abang di Malaysia, berita duka yang disampaikan...bapa saudara yang mesra dipanggil Busu, adik bongsu arwah ibu telah pergi menyahut panggilan Illahi sebentar tadi. Perasaan bercampur baur, sedih, terkilan juga kerana tiada di sana untuk berziarah. Masih ingat kali terakhir berjumpa dengan beliau, memorinya sudah tidak berapa kuat, short-term memory only. Baru sebentar dia bertanyakan nama selang beberapa minit kemudian dia akan bertanya kembali siapa yang menziarahi beliau....sebak sungguh suasana ketika itu. Busu bukan sahaja bapa saudara tetapi dia juga adalah ustaz saya dan mudir saya ketika di sekolah menengah, walaupun beberapa minggu cuma kerana kemudian saya berpindah ke sekolah lain. Dalam beberapa minggu itulah saya ke sekolah menaiki kereta Busu pergi dan balik. Kenangan itu akan sentiasa segar dalam ingatan. Beliau banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar,,,,semoga Ruhnya di berkati Allah dan digolongkan bersama orang-orang Soleh....Amiiin....
Hello 2018
-
Akhirnya tahun 2018 menjelma. Kalau sebelum ni kita digembar gemburkan
dengan fiksyen tahun 2020. Agak2nya sama tak dengan imaginasi kita setakat
nie.. He...
7 years ago
Salam.
ReplyDeletebaru perasan orang dah ada blog sendiri. Nice to read the entry, keep it comin though.
Thanks...I'll try to keep update
ReplyDeleteTakziah untuk family Kak Zaihan...
ReplyDeleteWell, Aina has viewed her cousin's photos n maklong dia...tak nampak pun Pak longnyerr..btw,Man is the one more delighted & excited to see anak buah dia punya stories... :))