Tuesday, July 29, 2008

Sight seeing

Al-Hawari

Hola! Lama dah tak kemaskinikan blog. Anak-anak dah mula sekolah semula selepas dua minggu bercuti, penatlah sikit. Minggu ini saya mula 'bekerja' semula menjaga Al-Hawari yang comel tu. Biasalah, setelah lebih sebulan duduk di rumah dengan emaknya bila tinggal rumah 'nanny' menangis jerlah dia. Tapi takpa, biasanya tak lama dah biasa nanti oklah dia.

Minggu lalu Syarafi terpilih untuk mendapat tiket menyaksikan Sarkas. Dia diberi lima tiket percuma. Pertunjukan tu diadakan di Perth Convention and Entertainment Center pada hari Ahad. Maka pada hari Ahad ,27 Julai kami sekeluarga menaiki bas ke bandar walaupun hari hujan. Anak-anak seronok sungguh sebab tak pernah tengok sarkas, tapi sarkas ni tak ada binatang, pertunjukan oleh ahli-ahli sarkas sahaja. Pukul 1.30 petang kami pun tiba di Stesyen bas yang berhampiran dengan tempat pertunjukan...tiba-tiba...baru kami sedari yang tiket tertinggal di rumah!! Apo nak dikato....nak balik semula sia-sia jer sebab hari Ahad bas sejam satu....abih dah sampai ke Perth City terus jerlah bawa depa ni pi jalan-jalan...mujurlah anak-anak semua faham situasi, kecewa tapi terima hakikat, tak adalah yang mengamuk atau merungut.

Kami pun pergilah bawa anak-anak ke London Court, tempat membeli-belah yang susunan kedai-kedainya macam kat London. Masuk Reject Shop, beli coklat, biskut, kacang dan air. Pusing-pusing tengok suasana bandar Perth pada hari Ahad. Kami tak pernah ke sini pada hari Ahad, ramai juga orang, pelancong pun ramai. Ada pertunjukan seniman jalanan, macam kat Central Market rasanya.
Cuaca yang agak sejuk dan hujan tak mengizinkan kami untuk berlama di sini, pukul 3.30 kami menaiki bas pulang ke rumah. Anak-anak walaupun tak dapat tengok sarkas, tapi masih dapat meluangkan masa bersama dan melihat-lihat kota metropolitan.

Menara Jam Perth

London Court

Di lorong London Court

Posing!

Di luar Esplanade Busport (di belakang tu ada sungai tapi tak kelihatan)

Berehat sebentar

Menunggu bas untuk pulang di Esplanade Busport


1 comment:

  1. Peh..nampak macam kat London..tak nampak cam kat Australia pun

    ReplyDelete

I would like to hear from you...!