Dah seminggu tak jenguk blog ni. Maklumlah, sekarang ni hubby dah mula sibuk dengan tugasannya dan saya pula dah mula semula menjaga Hawari, masa agak terhad. Sememangnya masa amat bernilai, sedikit kita leka maka semua perancangan jadi huru hara.
Di sini bukanlah soal masa yang ingin saya perkatakan, tapi yang berkaitan dengannya, iaitu peluang. Dalam hidup kita, banyak peluang yang datang kepada kita dalam pelbagai cara dan keadaan. Tak kiralah dari sekecil-kecil peluang hinggalah ke sebesar-besar peluang. Persoalannya, adakah kita dapat meraih semua peluang yang tiba? Tanpa melepaskan satupun...?
Dalam hidup saya, saya sedar banyak peluang yang menjengah. Banyak yang saya gapai dan banyak juga yang saya lepaskan pergi, peluang-peluang yang terpaksa dipinggirkan.... Beberapa peluang besar yang saya masih ingat saya pinggirkan, ketika tingkatan lima, Mak dan Buya hendak menuanaikan haji ke Mekah. Mereka bercadang untuk membawa saya sekali. Sayapun disuruh menghafal bacaan-bacaan dan do'a yang perlu. Tetapi malangnya, tarikh peperiksaan lisan SPM ditetapkan pula dalam tempoh saya sepatutnya berada di Mekah, maka terpaksa saya pinggirkan peluang ini..
Pada tahun 90-an, waktu Universiti Multimedia baru ditubuhkan di Melaka, mereka menawarkan beberapa jawatan kosong. Saya dan suami melihat ini peluang yang baik untuk pulang bekerja di tanah kelahiran beliau, maka kami memohon jawatan yang bersesuaian. Saya mendapat panggilan interview dan ditawarkan pekerjaan, tapi malangnya suami tidak. Maka satu lagi peluang yang dipinggirkan...
Baru-baru ini, saya mendapat tahu Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan Hadiah Latihan Pengajian untuk pegawai bukan akademik bagi tahun 2009. Saya amat teruja, kerana ini adalah peluang yang saya tunggu-tunggu. Tambahan pula saya sekarang berada di Perth menemani suami menyambung pelajaran, kenapa tidak saya ambil peluang untuk melanjutkan pelajaran. Permohonan saya sebelum ini ditolak oleh majikan kerana polisi tidak membenarkan saya, seorang pegawai bidang pentadbiran melanjutkan pengajian ke luar negara. Bidang yang ingin saya terokai pula sememangnya ada di Malaysia tetapi masih boleh dikatakan baru sedangkan di sini bidang ini telah begitu meluas. Kaunseling di sini sudah mantap dan tiada masalah untuk praktikum kerana banyak tempat yang boleh saya sertai untuk menajamkan kemahiran. Memang amat cantik sekali peluang ini untuk kemajuan diri saya dan mereka yang akan saya bantu...Malangnya, sekali lagi peluang yang besar ini terpaksa saya pinggirkan. Suami akan menamatkan pelajaran pada Jun 2009 dan perlu melaporkan diri semula ke jabatan. Sekiranya saya melanjutkan pelajaran, saya perlukan dua tahun untuk bidang saya bermakna sehingga 2011. Apa akan jadi dengan anak-anak? Sememangnya ada pelajar yang meninggalkan suami dan anak-anak atau meninggalkan suami dan membawa anak-anak bersama untuk melanjutkan pelajaran...Namun bagi saya, keluarga adalah lebih penting, selagi kami boleh bersama, biarlah kami tetap bersama kerana kitapun tak tahu sehingga bila kita boleh bersama..Allah maha Berkuasa.
Walaupun peluang yang tiba nampak begitu cantik dan bagus sekali, tetapi banyak perkara di sebaliknya yang perlu disemak, dikaji dan dipertimbangkan, maka apalah salahnya peluang itu dipinggirkan.....kerna pasti ada yang lebih baik untuk kita.

Semoga segala peluang yang terpaksa dipinggirkan itu akan digantikan dengan peluang yang lebih hebat di sisiNya...Amin
ReplyDeleteTerima kasih Izan, kata-kata perangsang ini amat bermakna
ReplyDeleteKak belief in one thing..WHAT GOES AROUND COMES AROUND. God knows BETTER. HE might have a BETTER plan for you
ReplyDelete