Bersyukur ke hadhrat Illahi kerana aku dan keluarga diberi peluang untuk menimba pengalaman hidup di negara orang. Segalanya asing...yang paling ketara perbezaan bagi kami adalah cuaca yang ekstrim. Maksudnya, bila musim panas, ia boleh jadi panas yang melampau dan bila musim sejuk pula boleh menjadi sejuk yang melampau walaupun tak ada salji...tapi itu semua pengalaman. Belajar menyesuaikan diri dengan kelainan kehidupan di sini. Sememangnya amat berharga sekali.
Tapi, siapa sangka, aku dapat juga merasa pengalaman tinggal di wad hospital di sini...Royal Perth Hospital. Aku didapati mengalami anemia dan perlu pemindahan darah. Maka duduklah aku di wad selama 2 malam dan dimasukkan 2 pek darah. Anemia...kurang sel darah merah dan juga zat besi di bawah tahap normal. Aku kurang pasti apa penyebabnya, yang pasti makan tetap cukup dan takdalah terlalu sibuk dengan urusan (doktorpun masih mengkaji punca aku kekurangan darah). Kasihan suamiku, ketika itu dia pula tengah sibuk dengan praktikal, pagi-pagi terpaksa bertungkus-lumus didapur memasak untuk sarapan dan makan tengahari anak-anak. Mujur anak-anak sedang bercuti. Agak risau juga bila mengenangkan hanya anak-anak yang tinggal di rumah dari pagi hingga petang, Alhamdulillah, Along boleh diharap untuk menjaga adik-adik. Aku juga kerap menalipon ke rumah bertanyakan keadaan mereka. Aku juga bersyukur kerana rakan kami, Sharifudin sanggup meluangkan masa duduk dengan anak-anakku ketika suami ke hospital dari petang hingga malam menziarahiku dan membawa keperluanku.
Kepada keluargaku di Malaysia, bukannya aku tak mahu memberitahu, tapi cuma tak mahu kalian risau. Usahlah bimbang kerana aku sudahpun pulih, cuma perlu menjaga pemakanan agar cukup seimbang. Terima kasih kepada suami yang terserlah kasih sayangnya dalam menjagaku, terima kasih juga kepada anak-anak yang amat memahami dan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang prihatin.
Bila dah 40
-
Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita
setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka.
Bila umur dah 40.. Bukanka...
6 years ago
Salam An,
ReplyDeleteSemuga cepat sembuh dan bersabar dengan segalanya. Allah kasihkan you dan mahu beri ganjaran yang lebih.
Ikhlas dari Kak Noriah yang selau mengikuti blog you dalam diam.
Amin! Terima kasih Kak Noriah!
ReplyDeletekak zaihan...
ReplyDeletelama tak mengikuti perkembangan akak... saya doakan agar akak sihat seperti sediakala... Semoga Allah memberkati kalian sekeluarga...Aminn...
haiya...long time no see and did not know any stories about you...mcm dahsyat bunyinya sakit tu...whatever it is, take care!
ReplyDeleteThanks Izan n Saiful, bunyinya jer teruk, ok jer....saya pun dah lama tak dengar cerita kalian...
ReplyDelete