Wednesday, October 15, 2008

Hari Raya yang penuh ceria

Pada pagi raya, Papa, Afiq, Syarafi dan Zarif bersiap sedia untuk ke masjid menumpang kereta kawan yang baik hati. Oleh kerana melebihi muatan kenderaan, saya, 'Iffah dan Hasif hanya menunggu di rumah menyiapkan apa yang patut. Mereka bersolat di Masjid Al-Hidayah di Hepburn Avenue, dalam 20 minit perjalanan dari rumah kami (dengan keretalah). Majoriti yang bersolat di sini adalah orang Melayu, ada dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Masjid ini dikenali dengan masjid Malaysia. Lihatlah siapa yang merasmikannya.



Selesai bersolat kami ke rumah rakan-rakan yang menjemput ke rumah terbuka mereka, dua trip kawan kami Syarifuddin membawa kami ke sana. Terima kasih kami ucapkan.



Di rumah Saudara Musdi, rakan dari Sarawak


BBQ dan sate di rumah Saudara Zul (bersamping hitam)


Gabungan merah hati, ungu dan kuning


Jelas tergambar kegembiraan di wajah mereka


Memang dikatakan hari raya untuk kanak-kanak!

Sedondon tak bapa dan anak?

Petang pula kami ke rumah Saudara Hakim, Presiden Persatuan Pelajar Postgrad di Perth, sayangnya kami terlupa bawa kamera, takdalah rakaman gambar di sana.....

Hari Raya kedua pula kami menerima kunjungan adik-adik undergrad tajaan JPA dan Petronas, riuh dibuatnya dek lawak jenaka mereka.


Mereka dijamu mee sup tulang dan mee kari, ketupat rendang tak ketinggalan.


Selesai makan berat, kacang, muruku dan kuih gunting pula disediakan

Posing sampai terbaring-baring!

Afiq, Syarafi dan Zarif teringin nak jadi orang bujang, mengikut abang-abang pergi berjalan. Tinggallah Hasif dan 'Iffah menanti kedatangan rakan-rakan yang lain. Sibuk melayan terlupa pula nak ambil gambar mereka yang datang....

Posting akan datang: beraya dengan pelajar-pelajar postgrad Malaysia....

2 comments:

  1. Gambar Afiq, Sharafi, Zarif, Hasiff and Iffah ade.. ops lupa akk gambar papa pun ader.. mana gambar mamanyer.... windu aaaa...Takkan akak tak rayer kot...hehehe

    Salam Syawal dan Maaf Zahir Bathin...

    ReplyDelete
  2. Ada...beraya gak, comng up in the next post...tungguuuu

    ReplyDelete

I would like to hear from you...!