Pada hari raya keempat, kami beramai-ramai memeriahkan majlis sambutan hari raya anjuran Malaysia Postgraduate Students Asscociation of Perth. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi persatuan diikuti dengan marhaban beramai-ramai. Majlis ini juga dihadiri oleh wakil Konsulat Malaysia. Masing-masing membawa juadah untuk dikongsi bersama. Selesai menjamu selera, kanak-kanak diberi hadiah (goodies) dan ada yang berkaraoke. Hebat juga kanak-kanak ini, berbakat.Gambar-gambar di bawah menceritakan kemeriahan suasana.....
Ucapan alu-aluan oleh Saudara Hakim (Pengerusi).
Marhaban....ya....marhaban
Pelbagai juadah untuk jamuan
'back-benchers'.....
Telatah anak-anak bersama Adib dan Amar yang comel
Terubat kerinduan terhadap sepupu-sepupu di Malaysia bila dapat beraya dengan kawan-kawan, Amin dan Adib.
Berbagai aksi dan gaya....
di Malaysia susah nak jumpa, Perth juga jadi tempat pertemuan, Kak Lin (UIA) dan Eda (UUM)
Dua sahabat yang dah lama tak jumpa, Razak (UUM) yang banyak membantu kami ketika tiba di Perth
Salam Jemaah, selesai majlis
Di hujung sekali, menanti giliran, sambil bersalam, ada yang mengambil kesempatan untuk berkenalan juga
Bersiap sedia untuk bergambar beramai-ramai
Antara pelajar-pelajar Lepasan Ijazah dan keluarga yang hadir
Keluargaku....barulah dapat bergambar bersama..
Suasana hari raya anjuran MyPSA
No comments:
Post a Comment
I would like to hear from you...!