Alhamdulillah, kami sekeluarga di bumi asing Australia ini amat bersyukur kerana diberi peluang menikmati pengalaman beraya di perantauan. Ini adalah pengalaman yang amat berharga terutama buat anak-anak yang tetap gembira walaupun terdetak di hati kerinduan buat nenek, bapa-bapa saudara, ibu-ibu saudara dan sepupu-sepapat. Kami bertuah kerana ramai penduduk Melayu Malaysia yang tinggal di sekitar Perth dan dapat kami meraikan bersama-sama Aidilfitri yang mulia.
Di hari akhir puasa, kami menjemput rakan-rakan terdekat untuk berbuka puasa dan bertakbir bersama. Cukup meriah terutama dengan keriuhan anak-anak. Ketupat, rendang dan pencuci mulut yang mula dimasak seusai bersahur menjadi hidangan ditambah lagi dengan juadah yang dibawa rakan-rakan; ada roti telur, pizza, pide(makanan Turki), sayur-sayuran, puding, corn beef biscuit dan lain-lain lagi. Terima kasih buat rakan-rakan yang bersusah payah membawa makanan, juga sudi datang ke rumah malahan ada yang membawa bunga api, apa lagi seronoklah anak-anak!

Inilah antara juadah, baru satu meja, ada dua tempat lagi tak ambil gambar!
Menunggu untuk tahlil sebelum berbuka puasa
Baby pun tak ketinggalan nak beraya
Selesai bertahlil, menunggu untuk berbuka puasa
Tiba masa menjamu selera
Sedapnya makan...
Sambil makan, mengambil tahu perkembangan rakan-rakan
Seronok dapat menghabiskan puasa sepenuhnya
Mmmm...sedap Hasif makan, dapat juga berlatih puasa 11 hari
Takbir dan Tahmid bergema di Reen Street
Menunggu pengagihan bunga api
More pictures will be posted....
No comments:
Post a Comment
I would like to hear from you...!